03 January 2018

Kecaman Berpurdah

Assalamualaikum w.b.t, jam 2.20 pagi aku menulis blog sebab tak boleh nak tidur.

Aku niat nak berpurdah/berniqab masa travel ke Korea november akan datang jadi aku buat ala-ala research sikit tentang berniqab lalu di imigresen dan sebagainya.
Aku pun terjumpa satu post/discussion page tentang hal ini dan aku baca comment-comment orang di dalam discussion tersebut.

Alangkah terkejutnya aku baca, jujur kata-kata dan mentaliti manusia sangat hebat kan dalam menilai?

Aku baca hati panas dan sebab itu terpanggil untuk menulis entry kali ni. Wow wow woww!
Kalian sangat hebat dalam berkata-kata. Aku nak marah tapi mungkin ada sesetengah yang betul


"EXPECT BINI CANTIK SEBAB TU BERNIQAB, RUPANYA HMMM.."

biar aku terangkan, niqab ni orang cantik ke hodoh ke, sederhana cantik ke sederhana hodoh sekalipun, dia BERHAK nak pakai niqab tanpa consent dari orang yang tak ada kaitan dengan dia. Parents dia benarkan pakai niqab, kenapa orang lain nak sibuk?

Aku beri contoh : Orang ejek dia mulut sumbing, dia malu.. dia boleh berniqab. Bakal suami tu yang nak atau tak terima kelemahan seseorang. Ingatlah, semua orang ada weakness. Tolong jangan fikir diri sempurna tak ada cacat, nak nilai orang lain yang tak berapa sempurna di mata kau (Maaf kena berkeras sikit). Mereka berpurdah atas niat masing-masing. Kalau dia rasa nak pelihara muka dia dari lelaki-lelaki bernafsu tinggi di dunia ni, DOSA KAH DIA? Dia mengelak dari fitnah (at least). Jangan kau compare orang berpurdah yang tunjuk sikap kurang elok sampai semua niqabis kau judge sama. Contoh, perempuan yang pernah kena game dengan lelaki buaya darat tak sedar diri akan susah nak percaya pasangan baru dia tu takkan curang dengan dia. Walhal lelaki tu memang seorang yang setia, so korang setuju ke perempuan ada mentaliti macam tu? Mestilah ada rasa marah, tak semua lelaki macam tu. Same goes to niqabis bebeyh.

Satu lagi, tolong la.. paras rupa tu memang segalanya ke? Nak permpuan yang materialistik dan juga memilih lelaki handsome je. Kalau rasa diri tu handsome .. diri sendiri je fikir gitu. Mata orang lain rasa ada lagi handsome dari kau. kihkih sorry; aku cantik tau. di mata bakal suami aku yang tak memilih. muahh muahh

"AKK SARANKAN TAK PAYAH LA KALAU ON OFF BERNIQAB"

Betul saranan akak ni, tak salah langsung. Nak tahu kenapa? Sebab niqab tu tak wajib pun. So ada ke masalah nak buka masa di airport atau waktu makan atau waktu solat? Of course tidak. Jadi tiada masalah pun untuk seseorang tu on-off niqab bila waktu diperlukan. Biarlah orang tu sendiri decide, asalkan dia bahagia dengan hidup dia. Kita nak sengsara tengok macam susah je nak on off niqab tapi dia faham ianya SUNAT, maka bila waktu yang memang "terpaksa" dia buka untuk tunjuk muka, dia boleh buka. TANPA SEBARANG MASALAH untuk si pemakai niqab.

 "BERNIQAB, ENTAH-ENTAH ORANG JAHAT AMIK NI SEBAGAI CONTOH UNTUK DIA BUAT PERKARA JAHAT"
 
Aku faham point ni, orang jahat pakai niqab untuk culik orang or anything berkaitan dengan benda yang jahat. Hmm, ni tak ada jawapan sebab aku rasa penjahat ni sentiasa bertopeng, tak pernah terbuka. So .. macam sama je dia dengan berniqab. Tutup 1 muka juga. nampak mata je or mata dan mulut. Kalau kes culik, memang aku no comment tapi selalunya wanita berniqab independent macam mana pun akan ada peneman sebelah dia. Allah dan Malaikat (wink)

setakat ni aku share comment sebab seriously sedih baca, kecaman demi kecaman. Tak supportive langsung. Apa kata cuba buat kecaman tentang "JEMAAH LELAKI YANG SOLAT DI MASJID WAKTU SUBUH 0.01% SAHAJA LAYAK MENJADI IMAM KEPADA WANITA"

apa anda rasa? "Wehh, apa salahnya solat subuh kat rumah.. boleh jadi imam juga sbb solat" "Apakahhhh perempuan ini, dah solat pun cukup baik la walaupun dari rumah" "Perempuan ni pun belum tentu solat subuh kat masjid"

Haaaa, tu lah yang akan timbul. Jadi jom fahami sama-sama okay tentang isu-isu Islamic ni.

ada lah perbincangan juga tentang perihal ini dengan bakal zauj nanti.

1. Awak nak berniqab sebab apa?
2. Nanti dekat rumah family takkan nak pakai je niqab?
and banyak lagi soalan

first thing first, nak berniqab sebab Allah yang bagi hidayah. Hidayah tu Allah dah petik dalam hati nak berniqab sangat sangat. Setuju jelah wahai zaujku, fahamilah kehendak zaujahmu ini. Cewah
Pakai jelah, tak ada masalah. I nak zauj i je tengok muka I. nak tahu juga bosan ke idok tengok muka ni je. Tak mahu kasi chance kat orang lain tengok

Pepagi ni merapuh je, selamat malam. Salam tahajjud. dah pukul 3 pagi dah.
∞ n u r a t i q a h r o s l y ∞